Pages

Monday, 17 December 2012

Adab - Adab Terhadap Ibu Bapa...

Siapa sayang ibu bapa dia.(teringat masa zaman sekolah rendah dulu,cikgu tanya)...
Semestinya dan sememangnya kita akan jawab "Ya, saya sayang ibu bapa saya!

TETAPI ADAKAH KITA BETUL-BETUL SAYANG IBU BAPA KITA.
APA YANG KITA BUAT YANG BETUL-BETUL MENUNJUKKAN YANG KITA INI BENAR-BENAR SAYANG IBU BAPA KITA...FIKIR-FIKIRKANLAH.

Jadi saya ingin berkongsi dengan kamu semua adab-adab seorang anak terhadap ibu bapanya.

1) Taat kepada kedua-dua ibu bapa dalam semua perkara kecuali perkara yang maksiat kepada Allah dan Rasul.

2) Bertutur dengan mereka dengan lemah lembut dan beradab.

3) Berdiri apabila kedua-dua ibu bapa masuk atau mendapatkannya.

4) Mencium tangan ibu bapa pada waktu pagi dan petang atau pada waktu-waktu lain yang munasabah.

5) Sentiasa menjaga kehormatan dan harta ibu bapa.

6) Memuliakan ibu bapa dan memberikan apa yang diminta oleh ibu bapa.

7) Berbincang dengan ibu bapa dalam apa jua perkara sekalipun.

8) Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka.

9) Sekiranya ibu bapa didatangi tetamu, hendaklah anak-anak duduk di pintu, sentiasa memerhatikan ibu bapa kalau-kalau mereka memberi isyarat supaya mengambil sesuatu.

10) Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati ibu bapa walaupun mereka tidak menyuruhnya.

11) Tidak meninggikan suara sama ada di hadapan atau di belakang mereka.

12) Tidak memotong perbualan mereka.'

13) Tidak keluar dari rumah tanpa izin ibu bapa.

14) Tidak melakukan sesuatu yang boleh memeranjatkan atau mengejutkan mereka apabila mereka sedang tidur.

15) Tidak lebih memuliakan isteri dan anak-anak daripada ibu bapa.

16) Tidak menghina ibu bapa jika mereka melakukan perkara yang tidak menyenangkan.

17) Tidak ketawa berlebih-lebihan di hadapan mereka.

18) Tidak memakan makanan yang dihidangkan untuk ibu bapa.

19) Tidak memanjangkan tangan untuk mencapai makanan di hadapan mereka.

20) Tidak tidur atau berbaring sementara ibu bapa sedang duduk melainkan dengan keizinan mereka.

21) Tidak menjulurkan kaki di hadapan mereka.

22) Tidak masuk sebelum mereka masuk dan tidak berjalan mendahului mereka.

23) Menjawab panggilan ibu bapa seberapa segera yang boleh.

24) Memuliakan sahabat-sahabat mereka baik ketika ibu bapa masih hidup atau sudah meninggal dunia.

25) Selalu mengucapkan doa kepada ibu bapa sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mendidik aku pada masa kecil.

*Waktu yang tidak boleh ganggu ibu bapa.
-Tengah hari.
-Selepas waktu isya'.
-Sebelum waktu subuh.

HARGAILAH IBU BAPA KITA SEMENTARA MEREKA MASIH ADA.
JADILAH ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH.

Dibawah ini disediakan satu video mengenai ibu bapa...Hayatilah...

  video


No comments:

Post a Comment